28 Ogos 2014 - Satu Majlis Jalinan Mesra Bersama Banduan anjuran Sandakan AIDS Support Group Association (SAGA) dengan kerjasama Penjara Sandakan telah berlangsung di bilik Pemulihan Penjara Sandakan. Penjara Sandakan diwakili TPP Muhammad Khalid manakala Sandakan AIDS Support Group Association (SAGA) diwakili Dr.Zaiton Yahya, Presiden SAGA, dan Encik Parimelazhagan Ellan, Pengarah Program MAC. Turut hadir di majlis tersebut ialah kakitangan hospital dan keluarga penghuni HIV. Antara objektif program ialah memberi sokongan moral kepada penghuni bersama keluarga tercinta.
""